top of page
Search

Tips Pengacara

1. Tugas utama pengacara majlis adalah mengawal majlis, set mood majlis dan memberi maklumat.


2. Suara kena power dan mampu menarik perhatian. Elak minum minuman berais, makanan berminyak dan pedas. Sentiasa “humming” (mmmmmmmmmmm). Banyakkan menyanyi untuk kekuatan vokal. Warm-up suara. Sebut berulang kali a i u e o . Juga, do-re-mi-fa-so-la-ti-do dari nada terendah ke nada tertinggi.


3. Kawal gemuruh. Sila bertenang. Kalau kita gelabah, suara tiada kualiti. Tarik nafas dalam-dalam, lalu hembuskan. Diulang dengan teratur. Sekiranya berlaku perkara tidak dijangka, jangan panik.


4. Sentiasa jaga bahasa dan postur badan. Sentiasa berdiri tegak dan senyum. Jangan tunduk atau membongkok kerana akan mengganggu penafasan dan vokal.

5. Jaga penampilan diri dan sentiasa nampak profesional. Pakaian pengacara majlis kena ikut dress code majlis. Bawa beg yang sesuai. Sentiasa bersedia dengan folder, air mineral dan pen.


6. Sentiasa menepati masa. Raptai atau majlis sebenar tidak boleh mula tanpa pengacara majlis. Berada di lokasi sekurang kurangnya 1 jam sebelum majlis mula terutama untuk tujuan “sound check”.


7. Penyediaan skrip pengacara majlis sangat penting. Perlu sediakan dengan segera dan disemak oleh pegawai protokol terutama melibatkan bahasa istana dan bahasa rasmi. Elakkan ejaan ringkas. Guna huruf besar, font lebih besar dan ejaan penuh. Jangan berjenaka atau buat ulasan.


8. Sebutan perlu jelas. Baca dengan yakin satu persatu dan fasih dalam penggunaan bahasa. warm up mulut / lidah supaya tidak tershashul. Kalau tersilap sebut, perlu mohon maaf.


9. Pantun mampu menyerikan majlis tetapi perlu dibaca dengan betul dan tidak terlalu banyak. Elakkan pantun yang sudah terlalu biasa digunakan atau pantun keanak-anakan.


10. Perlu ada asas protokol dan etiket sosial terutama majlis rasmi dan adat istiadat terutama penggunaan salutasi, susunan vip dan pelbagai lagi.



Credit: Coach Jay


Layari halaman kami untuk tips-tips berguna: https://proactivefunctions.wixsite.com/proactivefunctions-1/blog


@Proactive Functions



14 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page