top of page
Search

Aturcara Majlis Perkahwinan (Checklist Mudah dan Lengkap)

Updated: Apr 5, 2022

Mengadakan suatu majlis perkahwinan bukan kerja mudah yang boleh diselesaikan dalam sehari dua. Urusannya amat rumit, lebih-lebih lagi jika tiada pengalaman mengendalikannya sebelum ini. Aturcara majlis perkahwinan yang hanya berlangsung sehari dalam beberapa jam itu perlu disediakan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum majlis.


Jika ada bajet lebih, urusan rumit sebegini boleh diserahkan kepada wedding planner. Merekalah yang akan uruskan hal sewa hotel atau dewan, catering, jemputan, pelamin, baju pengantin, mak andam, doorgift dan sebagainya. Bagaimana pula jika kurang berkemampuan? Mahu tidak mahu, urusan sebegini perlu dilakukan sendiri dan perlu dimulakan awal. Jika anda merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan sendiri, berikut adalah senarai semak (checklist) keperluan majlis kahwin supaya tidak ada perkara yang tertinggal kelak.


Bagaimana Nak Mengurus Aturcara Perkahwinan?

Untuk mengelakkan sebarang masalah, bahagikan urusan majlis kepada dua kategori, URUSAN PENTING dan URUSAN SEPARUH PENTING. Urusan penting di sini bermaksud perkara yang wajib yang perlu ada supaya majlis berjalan lancar. Urusan separuh penting pula merujuk kepada jika perkara tersebut tiada pada majlis, ia tidak akan menjejaskan majlis. Urusan Penting untuk majlis perkahwinan adalah:


1. Makanan (Catering)

Kebiasannya di setiap majlis perkahwinan, perkhidmatan catering akan menyediakan business card untuk pata tetamu. Simpan business card tersebut, manalah tahu jika kena dengan selera dan bajet, boleh terus deal. Ada juga yang masih mengamalkan amalan rewang, terutama di kampung-kampung. Ini sedikit sebanyak mampu menjimatkan kos.


2. Hotel, Dewan Atau Khemah

Majlis perkahwinan tidak semestinya nampak gah jika diadakan di hotel.

Majlis anda mampu tampak mewah jika kena dengan gayanya, walaupun ia diadakan di dewan atau di rumah dengan menyewa khemah atau kanopi.


3. Floor Manager

Serahkan urusan majlis kepada seseorang yang khas untuk menguruskan aturcara majlis. Pengurus ini akan mengelola semua aktiviti dan urusan majlis perkahwinan.


4. Pengacara Majlis Atau DJ

Anda juga boleh melantik seorang seorang pengacara atau DJ untuk memeriahkan majlis

Pastikan individu tersebut seorang yang berpengalaman mengendali majlis-majlis rasmi termasuklah majlis kahwin.


5. Persalinan dan Solekan Pengantin

Sekurangnya-kurangnya setiap pasangan pengantin memerlukan tiga persalinan untuk majlis nikah, majlis sanding di belah perempuan dan lelaki.


6. Kad Jemputan

Walaupun dengan kemajuan teknologi semasa yang membolehkan kad kahwin digital dihantar menerusi aplikasi Whatsapp, Telegram dan sebagainya.

Sekiranya perlu, anda boleh menghantar kad jemputan kepada saudara mara terdekat kedua-dua belah pihak.


7. Door Gift

Jika bajet kurang mengizinkan, tidak salah untuk anda memberikan bunga telur sebagai doorgift kahwin – sekurang-kurangnya anda masih mengamalkan tradisi orang Melayu dulu-dulu.


8. Kursus Nikah, Mas Kahwin dan Hantaran

Setiap pasangan perlu mengikuti kursus kahwin. Dapatkan sijil kursus kahwin sebelum majlis nikah bermula. Sediakan juga barangan untuk mas kahwin dan hantaran. Urusan Sederhana Penting untuk majlis perkahwinan adalah:

Ia termasuklah:

  • Persembahan (sama ada silat, kompang atau gamelan),

  • Candy Buffet,

  • Servis Photo Booth dan

  • Pertukaran Persalinan.

Semua ini terpulang kepada si pengantin dan keluarga sekiranya mempunyai bajet yang lebih. Tidak kira samada majlis perkahwinan anda adalah besar atau sederhana, semestinya anda mengharapkan majlis tersebut berjalan lancar sebagaimana di dalam aturcara. Apa yang penting adalah anda perlu merancang aturcara majlis kahwin seawal yang mungkin.


Layari halaman kami untuk tips-tips berguna: https://proactivefunctions.wixsite.com/proactivefunctions-1/blog


@Proactive Functions

19 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page